salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Sunday, February 27, 2011

Rushing...

    Smlm habis kerja terus drive ke tempat kerja isteri, lepas jemput dia terus balik kampung. sampai di kg dah Maghrib, dinner makan satey (isteri open table). sambil makan kita org tgk cerita Kak Limah Balik Kampung, kata adik ipar aku yg berumur 10 tahun. hahaha... memang pecah perutla kita org mengajukkn dia, kesian jugak bila tgk muka dia. tapi takpe sebab adik ipar aku ni sporting...  
     Pagi tadi pergi Sg Besar, tempat isteri aku shopping kain baju. tapi takpe kat sana murah2, syurga org perempuan hehehe... lepas asar kami ke Klang, melawat pusara bondaku yg tercinta. adik aku Ain pun datang melawat di pusara. seronok rasanya dapat bersembang berdua, sebab isteri tunggu kat dlm kereta. kami bersembang pun tak lama mana pun sebab aku kena rushing balik KL. rasa gembira hati ini bila dapat berjumpa adik aku ni, walaupun kami berlainan bapa. aku jugak rindu nak jumpa kakak dia, tapi aku kalah pada masa. takpe nanti akan aku curi sedikit masa utk bermesra dgn adik-adik aku ni Sikin & Dzulkarnain.  
     Aku bersyukur sebab dia org boleh menerima kehadiran aku dlm hidup dia org, walaupun secara tiba-tiba aku muncul tampa diundang. tgh aku drive, hp aku berbunyi, rupanya msg dari Sikin. banyak jugak yg kami bualkn walaupun msg. dia gembira pasal aku tak berdendam dgn arwah emak, sebab dia & Ain baru tahu status aku yg sebenar. bagi aku emak tak bersalah, aku wujud ke dunia ni pun ada sebabnya. Allah lebih mengetahui, siapa ayah aku? jasa Pak Su kerana menyelamatkn aku? Pak Sudin yg menemukan aku dgn Org tua aku sekarang? aku tak salahkn & berdendam dgn sesiapa pun. hina ke aku kalau ada status ANAK LUAR NIKAH @ ANAK HARAM? aku berserah pada yg Maha Esa...   
     Patutla isteri aku duk sibuk suruh ajak balik cepat, rupa2nya dia ajak pergi belikn kasut & purse utk  emak mertuanya. dia terperasan kasut emak yg dah lusuh tahap lunyai, purse emak pun dah lunyai jgk. walaupun tak la mahal mana? tapi aku brsyukur sebab dia alert dgn keadaan emak aku, kalau aku belum tentu lagi. syukur alhamdulilah ya Allah kerana dia yg kau jadikn isteriku... dia pun dapat jugak sepasang hehehe...

No comments:

Post a Comment