salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Monday, March 28, 2011

Jalan2 ke negeri orang...

    25/3/2011, trip marketing Unikop aku, isteri, kak Su & anaknya Intan. kami berempat bertolak dari office Unikop di Taman Koperasi Polis pada jam 8:30 pg, destinasi UITM Jengka Pahang. hati aku tak berasa seronok sewaktu memandu, rasa macam bawak kereta kat jln yg belum berturap. tapi aku teruskan jugak, kami sampai ke UITM Jengka pada jam 11 lebih. kalau nak diikutkan 2 jam aje, tapi berhenti rehat kat R&R Temerloh. sampai aje kami terus siapkan booth kami, kami group pertama yg sampai. staff UITM Jengka memang best, dia org memang friendly.  
    Bila dah settle kami terus ke Pusat Bandar Jengka, rumah tetamu UITM dah penuh. nak ke bandar (pekan), adalah dlm 5 km. sedih rasa hati aku bila ada seorg staff UITM cerita kat aku, "itu ajelah pekan yg kami ada kat sini". lebih baik ada dari tak ada, memang ada Homestay dekat dgn UITM. tapi tak berminat sebab tempat makan jauh, cari punya cari dapatlah satu budget hotel. betul2 kat pekan, harga kira oklah Rm78 semlm. walaupun pekan ni kecil, tapi aku seronok. kedai makan banyak, fast food KFC (kecil aje).   
     26/3/2011, pukul 7 pg dah keluar. breakfast kat bus stand Jengka, tapi tak banyak pilihan. habis makan terus ke UITM, pukul 8 pg dah mula pameran. SELANGKAH KE UITM, first time aku sampai Jengka & ikut marketing. tujuannya adalah untuk memberi peluang pada anak2 Melayu peluang menyambung pelajaran ke IPTA @ IPTS (kolej bersekutu UITM). seronok bila tgk budak2  lepasan SPM mencari peluang utk menyambung pelajaran mereka, ada yg tidak. pukul 5:30 ptg balik, mlm nanti ada pasar mlm pesan staff UITM pada kami. penat berjln, pasar mlm kat Jengka panjangnya adalah dlm 1.5km.  
      27/3/2011, mcm smlmnya jugak. pukul 8 pg dah ada kat UITM & macam hari Jumaat & sabtu kami org yg first sampai. hari ni tak ramai mcm smlm, tapi tetap meriah. aku pun dah makin pandai utk menarik perhatian org, seronok! habis pameran pukul 5 ptg, terus packing & bergerak balik ke KL. sampai KL dah maghrib, tapi sebelum tu singgah R&R Temerloh sebab aku nak solat asar.    
      Aku memang suka berjalan kat tempat org, banyak yg aku dapat. tapi kali ini aku memang rasa insaf & bersyukur kerana aku dilahir & dibesarkan kat KL. bayangkan, ada lepasan SPM yg sanggup datang dari Lanchang ke UITM Jengka. perjlnan dlm 1 jam dari sana, kalau nak pergi tgk wayang kena pergi ke Kuantan (1jam perjlnan dari Jengka). mereka bukannya org senang, tapi punya cita2 yg tinggi mencari ilmu & utk mengubah taraf hidup sendiri.     
      Ptg tadi bawak kereta pergi kedai tayar, semua kena tukar sebab dah bengkak2. Alhamdulilah selamat pergi & selamat pulang. semua sekali Rm670, huhuhu...

Thursday, March 24, 2011

SALAHKAH AKU?

    Bukan niat aku untuk menyusahkan hidup org lain, kerana aku hidup diatas muka bumi ini pun kerana ketentuan Ilahi. Pak Su pernah cakap " org dulu kalau tak nak anak, kami tak buang dalam tong sampah @  tepi jalan. kami akan bagi kat org @ keluarga angkat (org yg tak ada anak)." Mak Su sendiri ada niat nak bela aku, tapi arwah Tok marah. sebab aku anak tak sah taraf @ luar nikah, disebabkan itu aku diserahkan pada kedua org tuaku (yg ada sekarang & tak punya zuriat).   
     Bukan niatku nak meminta simpati, kerana simpati dari mereka2 diataslah aku masih lagi wujud dibumi yg nyata ini. aku masih lagi diberi kesempatan oleh Ilahi untuk bernafas & menjalani hidup ini seperti insan2nya yg lain. Alhamdulilah ya Rahman ya Rahim...   
     Bukan niatku untuk meminta kasih sayang sesama mahluk, kerana aku juga berhak untuk mengasihi & mengasihi. tetapi aku tidak dapat menghindari dari perasaan benci, kerana dari kecil hingga ke dewasa aku dirangsang oleh org di sekelilingku.    
     Salahkah aku?

Wednesday, March 23, 2011

KAMBING HITAM

    Hari ni aku buat hal lagi, dah berapa bulan aku asyik bertanya. kenapa dia pakai handphone (hp) tu? kalau nak belila sendiri, kenapa tak direpair hp sendiri  (hp dia rosak dah berapa bulan)? aku tak kisah kalau yg pakai hp tu adik2 @ saudara mara kami, yg menjadi kisahnya kalau org tak reti nak berusaha dgn kudrat sendiri. kalau repair pun baru berapa puluh ringgit shj, nak kata tak kerja dah kerja?   
    Seingat aku, aku belikan hp tu untuk isteri aku. masa tu kami keluar shopping RAYA PUASA kat pertama komplek, lepas berbuka puasa. aku ingat nak belikan dia baju raya, rupa2nya dia dah ada pilihannya sendiri. mula2 tu memanglah rasa marah, org dok sibuk nak pakai baju baru dipagi raya. dia dok sibuk nak hp raya, syg punya pasal aku belikan jugak. senyum sampai ke telingala dia, tapi dia dapat jugak baju baru. prinsip aku senang, biar aku selekeh tapi dia bergaya. kalau nak dikira banyak dah hp yg kami beli, cuma semenjak 2-3 tahun ni aku malas nak beli hp. harga hp sekarang ni melampau2, kadang2 tu dah mcm tak masuk dek akal.
     Berbalik pada cerita diatas, aku bukan sengaja nak cari pasal. tapi aku tak berapa suka dgn perangai org yg suka mengambil kesempatan diatas nama org @ "pangkat" org lain, kalau nak usaha. aku tau disebabkan hp tadi aku menjadi MANGSA @ KAMBING HITAM yg harus diKORBANKAN  UTK KEPENTINGAN ORG LAIN. aku tak kisah, sebab AKU DAH BIASA dgn benda2 mcm ni, sebab WARIS AKU PUN TAK MERASA APA YG AKU ADA. JADI TAK SALAH KALAU AKU BERSUARA!!!

Saturday, March 19, 2011

Penat? tapi enjoy...

    Minggu & bulan yg memenatkan, ada sahaja aktiviti yg aku & isteri buat. majlis org kahwin, melawat saudara-mara yg sakit, emak aku operat mata & macam2 lagi. ada kalanya badan aku dah tak larat, ptg tadi baru nak park motor. adik aku call, dia cakap dia ada kat sekitar area rumah aku. dia ingat nak singgah, tapi aku pulak ada hal. kesian kat adik aku tu, aku harap dia tak marah @ kecil hati, dahla kenduri tahlil arwah emak yg ke-44 aku tak pergi. bukannya aku nak menjauhkan diri, tapi masa tak mengizinkan...
    Kesian isteri aku, boleh dikatakan setiap hari dia kerja OVER TIME. salah satu sebabnya, dia nak belikan aku hadiah untuk birthday aku. aku ni jenis yg cerewet, kalau nak beli apa2 mestilah yg ORIGINAL aje. nak buat macam mana? dulu masa kecil keluarga aku hidup susah, bila dah senang sikit ni aku belilah apa yg aku nak. yg penting aku usaha sendiri & aku tak mencuri. tapi aku tak faham bila org suka mencuri, menipu @ mempergunakan org lain untuk memenuhi kehendak & hajat mereka. lepas tu berlagak yg kononnya dia org "senang" @ org kaya, walhal dialah org yg penuh dgn kepura-puraan.   
     Keluar pergi kerja jam 7:15 pg, sampai kat rumah jam 10:00 mlm. sabtu, ahad & kelepasan pulak 7:15 pg, samapi kat rumah 5:30 ptg. penat tu jgn ceritala, tapi prinsip aku dari aku bujang dulu senang aje. kerja penat2, lepas tu mesti hadiahkan diri sendiri dgn pergi bercuti. LIFE MUST GO ON...

Tuesday, March 15, 2011

Alhamdulilah...

   Alhamdulilah, hari ini 15 mac. ini bermakna dah 3 tahun usia perkahwinan kami, walau pun masih belum dikurniakan cahaya mata. aku tetap bersyukur, kerana aku telah dikurniakan seorg teman @ sahabat (isteri). walaupun dia tidakla secantik Siti Nurhaliza @ Lisa Surihani, namun dialah permaisuri dihatiku Norashikin Bte Abdul Samad. dia banyak bersabar @ memahami dgn perangai & karenah aku yg ada masanya baran, cerewet & macam2 lagi. aku taklah romantik @ Mr Right, kerana aku juga manusia biasa yg sering melakukan kesalahan. aku masih lagi belajar & berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri ini. banyak yg telah kami lalui bersama, susah & senang kami tetap bersama. ada kalanya aku hampir tewas, tetapi dialah sumber kekuatan aku.    
    Soal anak, nak buat macam mana? rezeki takde lagi, kadang2 aku bermimpi akan bayi yg comel didalam pangkuan kami. tapi apakan daya kami masih belum punya? kalau difikirkan balik mungkin ada hikmahnya, Allah punya agenda untuk kami. perbaiki diri kami, berbakti kepada kedua org tua kami & membantu mereka yg susah. siapa tahu? bukannya nak merungut, tetapi ada masanya aku sendiri rasa tertekan. bila melihat & mendengar isteriku meluahkan perasaan, tapi aku perlu kuat untuk menjadi contoh yg terbaik buatnya. kena sentiasa berfikiran positif, saling menyokong sesama kami.  
     semoga perkahwinan kami ini berkekalan hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat, dipermudahkan segala urusan & dijauhkan dari perkara2 yg akan memusnahkan masjid yg telah kami bina diatas sunnah kekasihNYA. Aminyarabbalalamin...

Wednesday, March 9, 2011

API - Pelita (Hooperz) HQ

A.P.I Pelita

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Sunday, March 6, 2011

Dah ditakdirkan...

    Mlm semlm aku & isteri ke Up Town Danau Kota, saje nak berjln sebab rasanya dah setahun kami kami tak ke sana. sewaktu perjlnan balik ke rumah kami ,motor yg aku bawa terlanggar lubang. besar & dlm lubangnya, aku bawa motor tak laju. tapi nak buat macam mana? tak dapat nak elak, terhentak dgn kuatnya. tiba2 motor melilau sebab tayar puncit, Alhamdulilah aku dapat control. bila dah berhenti aku pun periksa keadaan motor, no plate patah & tayar kempis. tgk jam dah pukul 12:20 pagi, esok paginya rancang nak pergi Port Dickson. nak tinggal motor aku tak berani nak ambil risiko, nak @ tak terpaksala menolak motor sampai ke rumah.   
    Ini bukanlah pengalaman kami yg pertama, adalah  kali ke-3 temasuk yg ini. nasib baiklah isteri aku jenis tak kisah (bini mat rempit, hehehe...), bila mlm ni lain sikit. lalu tempat yg sunyi, nak short cut. perjlnan kami adalah dlm 2.5 km, nasib baik badan aku dah fit. badan tak rasa sakit, tapi makin segar sebab banyak berpeluh. parking motor kat rumah parent aku, lepas tu terus balik ke rumah (menapak lagi). malas nak bawa kereta, kunci kereta pun ada kat rumah aku. malas nak kejutkan parent aku yg dah dibuai mimpi, sampai kat rumah jam 1:20 pagi (ngam2 1 jam perjlnan). mandi & terus tidur.   
     Bangun pagi dah lewat, rasa malas nak ke PD. motor nak kena settlekan,  aku & isteri pun pergi bawa motor ke workshop. ingatkan kena tukar tayar baru sebab tayar yg ada dah nak botak, bila diperiksa betul2 baru perasan yg sportrimnya bengkok & terbelah ditenggah. sportrim+ no plate+brake shoe+bearing+labour cost= Rm275, diskaun Rm5. memang patutla rasa hati tu tak nak pergi PD, bila dah siap aku ajak isteri aku pergi berjln2 kat Jaya Jusco (release tension, hehehe..). beli sikit barang dapur, balik masak & makan lagi best...

Saturday, March 5, 2011

REMOVE...

     Baru2 ni aku perasan yg MUTUAL FRIEND aku kat FB berkurang, aku pun surf & edit apa yg tak kena? last2 aku jumpa, seorg sahabat dah REMOVE aku daripada list. mula2 tu ada rasa hairan & tak puas hati, tak tau apa sebabnya? tapi bila aku fikir balik, aku rasa ada bagusnya. sebab awek dia dah beberapa kali PM (private msg) kat box aku, mula2 tu okla. tapi bila dah masuk bab bagi no hp aku dah rasa tak selesa. ini kerana, waktu sahabat aku kenal dgn awek dia dulu pun  kes yg sama aku tgh hadapi (aku pernah tanya macam mana dia org kenal?). aku tak nak. sebab yg #1 aku dah kawin, #2 sahabat aku dah cinta gila, #3 isteri aku dah memang tahu kes ni dari awal, sebab aku memang tak berahsia dgn dia.    
     Kalau nak diikutkan, aku sendiri pun tak pasti sama ada sengaja @ tak dia REMOVE aku? apa yg aku pasti aku tak nak jadi punca @ penyebab bencana dlm kisah cinta mereka. sebab aku dapat rasakan yg sahabat aku tadi memang ikhlas, jadi sebagai seorg sahabat aku harus hormat dgn pilihan sahabat aku ni,    
     Baru2 ni aku ada jumpa dia (sahabat), siap belanja aku makan mee goreng lagi. memang sedap, last sekali aku makan mee goreng sedap kat Hutan Melintang (sebelah petrol pum).dia aku tgk relax aje, aku pun relaxla. malas nak tanya, takut jadi gaduh. aku tak kisah pun kalau org cakap aku PENAKUT, sebab dari zaman aku budak2 lagi aku tak suka nak bertumbuk. bila aku bersembang dgn dia pun macam biasa aje, macam2 yg kami bualkan. demi sebuah persahabatan aku rela, SAHABAT...

Tuesday, March 1, 2011

Diet kalau nak sihat.

    Sekarang ni dah 10 bln aku sibuk berusaha utk mengurangkn berat badan, Alhamdulilah aku telah berjaya mengurangkn 5 cm saiz seluar aku. kiranya seluar & baju yg 5-6 thn lepas aku boleh sarung balik, seronok gila. caranya senang, tapi kita biasanya "dibebani" dgn perasaan MALAS. cara aku tak ramai  org yg sanggup, kurangkn makan nasi. bukannya tak makan langsung, kalau yg ada kecing manis lagi bagus kalau ikut cara aku ni. kalau nak lebih efektif lagi, ganti nasi dgn roti. kalau nak tgk hasilnya cuba buat dlm seminggu. badan akan rasa ringgan, tapi di nasihatkan makanlah sikit nasi 2 @ 3 kali dlm seminggu tu. takut ada yg pengsan nanti... 
     Biasanya kalau berdiet cara mcm ni , ulu hati akan rasa pedih @ terbakar. cara paling bagus sit up dlm 20 kali selepas banggun tidur & sebelum tidur. tujuannya utk memadankan perut, lagi bagus lagi kalau dapat jogging @ berlari setempat selama 30 minit. banyakkan minum air masak, kurangkan minum air bergula. sebab badan akan kurang air, biasanya kerap kena sembelit. kalau rajin minumlah minuman yogurt & makan buah-buahan. diingatkan kembali jgn sampai tak makan, kalau nak lebih detail surfla blog Kelvin Zahri.  
     Tapi org kita ni pun satu hal pulak, bila org nak buat benda yg baik patut supportla. ni tak, macam2 yg dikatanya. kalau ada asanya takpe jugak, nak kata ada Diploma @ Degree dlm sains? aku rasa SPM pun sains lingkup, aku SPM subjek sains kredit aje. tapi disebabkn aku rajin membaca & bertanya, kira aku ada knowledge bab sains. kerja aku banyak sangkut-paut bab Veterinary, mungkin org cakap tak sama manusia dgn haiwan. tapi kenapa kalau uji kaji utk ubat-ubatan manusia guna haiwan? kadang2 tu fakta yg di gunakan oleh mereka2 yg suka menyibuk ni, takde seorg pun saintis kat dunia ni yg berani nak mengatakan betul. macam aku ni dah biasa digelakkan org, aku tak kisah pun. tujuan utama aku, aku tak nak penyakit. umur makin meningkat, kesihatan kena jaga.  
      Org kita kalau nak menjahanamkan org lain memang no 1, kalau membina tu jarang sekali. aku tak cakap aku bagus, tapi aku tgk banyak yg NEGETIF dari POSITIF. macam yg aku selalu guraukan dgn seorg sahabat bila kami berjumpa. "aku tak senang tengok kau hidup senang" hehehe, tu pun kalau dia tau aku ada blog ni. jadi fikir-fikirkanlah...