salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Saturday, February 12, 2011

Anak?

    Anak, siapa yg tak nak anak? aku & isteri dah berkahwin hampir 3 tahun, tapi kami belum dikurniakan anak lagi. pemeriksaan pakar dah buat, Alhamdulilah kami NORMAL. aku masih lagi berharap agar Allah akan memperkenankan doa yg selalu aku pohon padaNya, setiap kali selepas solat. lepas ni pun aku masih lagi mengajak isteri aku berubat cara perubatan ISLAM pulak, semoga aku masih lagi diberikan kekuatan & kesabaran olehNya. 
    Ada masanya aku tertanya2? kenapalah masyarakat kita ni KEJAM sangat bila nak tahu sesuatu hal, contohnya macam yg aku cerita tadi. bila kau nak ada anak? kalau tanya kat aku takpela, tapi siapla kalau dia tanya kat isteri aku. org kena faham, org perempuan ni ISTIMEWA, dia ada pakej bonus yg takde pada org lelaki. emosi mereka jgn diganggu, jika tidak sistem hormon mereka akan menjadi terganggu. bila org dok sibuk tanya, kan dah mendatangkan STRESS pada mereka. aku jugak yg terpaksa menanggung bala yg og bagi tadi, lain kali kena CONCERN sikit masalah org lain. ini tak, ikut suka tekak aje... 
    kadang2 aku terfikir patutla perempuan yg mengandung @ yg akan bersalin ni tinggi darjatnya, mana taknya. jika ditakdir dia meninggal dunia, dia dikira mati SYAHID. kalau difikirkan balik, waktu dia tgh mengandung tu macam2 penyakit dia kena tanggung. kencing manis,darah tinggi, obesiti & ada tu yg kita tak pernah dengar pun. bila dah selamat bersalin tu ada yg penyakit terus ghaib, ada tu kena tanggung sampai ke akhir hayat. banyak sungguh yg org perempuan ni kena tanggung, so fikir2kanlah...  
     sepatutnya org kena bagi semangat pada pasangan yg ada MASALAH macam kami, bukannya KEJAM dgn sibuk bertanyakan soalan2 yg boleh merosakan MOOD org lain. kalau salah org yg ditanyakan dah bergaduh, nanti dikata macam2 kat org tu. siapa yg patut disalahkan?

No comments:

Post a Comment