salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Tuesday, February 22, 2011

Alhamdulilah...

    Alhamdulilah, family trip to Kuantan memang best. kami bertolak jam 8:30 pg, rehat kat Temerloh dlm 1/2 jam. exit kat tol Gambang, sampai kat "rumah rehat" jam 12:30 tghr. kami menginap ni Homestay Cenderawasih di Kuantan, harga sewa Rm150 cukup murah. rumah teres double story, 4 bilik tidor. atas bawah ada air cond, dekat dgn Masjid pulak tu.   
    Lunch, solat Zohor, rehat2kn badan merangkap tidur & solat Asar. masa utk menjelajah bandar Kuantan, lepas tu terus ke Teluk Cempedak (TC). ramai org kat sana, ingat nak mandi laut tapi ombak kuat. so lepak kat tepi pantai sambil menikmati panorama. tapi ada jugak adigan2 yg menyakitkn mata, couple2 yg kononnya "in love".  
    Balik dari TC, dia org ajak pegi pasar mlm kat bandar Kuantan. best jgk bila berjln kat tempat org ni. tapi makanan yg di jual mahal dari kat KL, isteri aku siap beli mee rojak yg dah basi lagi. tapi yg bestnya masa tgh jln2 kat pasar mlm tu, adik2 saudara nampak nampak seorg lelaki tua berbangsa cina sibuk bawa beg plastik. dia org tegur dan bersembang. rupa2nya dia tu mungkin nelayan @ peraih ikan, yg dlm beg plastik tadi sotong merah bersais L. dia bagi dekat 1 kilo suruh bawa balik, Alhamdulilah murah rezeki dia & kami.   
    Pagi esoknya masa utk meresipikn sotong yg kami dapat, separuh buat masak dgn nasi goreng & separuh lagi masak sambal. pukul 10 pg pergi Masjid, sebab utama kami ke Kuantan adalah kerana majlis akad nikah & kenduri kahwin adik saudara aku. Alhamdulilah semua selamat, kenduri & bersandingnya pukul 12:30 tghr. pukul 3:30 ptg bertolak balik ke KL.  
    Apa yg penting bagi aku, bila aku dapat tgk semua org puas hati & happy dgn trip kali ini. bulan 5 nanti Taiping pulak, aku harap kami akan semakin akrab & ceria sebagai adik- beradik walaupun dia org tau status aku yg sebenar. Aminyarabalalamin...

No comments:

Post a Comment