salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Monday, February 7, 2011

racket

     Adik ipar aku sms kat Kak dia, dia msg kalau nak bagi hadiah utk PMR dia. bagilah racket badminton? masalahnya baru awal bulan (faham2 ajelah), tapi Alhamdulilah dia faham (dah makin dewasa). dia tanya kalau aku ada racket lebih? memang ada, racket YONEX carbonnade 8 sp. racket kesayangan aku, sebab aku beli waktu form 4. dgn menggunakan duit ASB aku, tapi  takpe. sebab sekurang2nya ada gunanya pada adik ipar aku, kalau dia minat benda yg elok buat apa nak halang? 
     teringat lagi waktu aku sebaya dia, nak masuk Pengakap @ Bulan sabit merah, bapak aku tak belikan uniform. bagi bapak aku membazir, nak main bola? boot Foo Keong ( boot bola getah, sekarang ni dah tak jual lagi dah.) jangan mimpila, ada sekali tu siap kena halau lagi dgn Coach. dia siap cakap kalau nak main bola kena pakai kasut bola, bukannya kasut sekolah. malu pun ada, tapi aku join team lain. kalau tak silap aku waktu tu umur aku baru 11 tahun...
      lepas periksa SRP (aku adalah antara pelajar yg terakhir ambik SRP, lepas tu tukar PMR), aku kerja part time kat kedai sukan. nama kedai tu REKO SPORT, tauke kedai tu suami isteri berbangsa cina. mula2 tu kemas2 kedai aje, bila dia percaya kat aku. dia ajar aku pasang tali racket badminton, squash & tennis. mula2 sekali aku kena pasang tali 150 batang racket YONEX dlm 1 hari, nasib baik ada 2 org best friend kerja kat kedai yg sama. gila nak buat sorang2, 150/ 3=50. selama sebulan dari jam 10pg-9mlm, tauke dapat projek dari orang kuat YONEX. gaji sebulan Rm350 (tahun 1992) kira banyak tu! 
      tapi pengalaman yg paling manis bila pada satu hari tu aku pasang tali racket yg paling mahal (aku pun tak tau berapa harga dia?) strength tali kalau tak silap aku 18, biasanya utk PRO sahaja. kalau silap pasang frame racket akan patah, bila dah siap pasang baru aku tahu siapa Owner racket tu. Lagenda anak-anak Sidek, Jailani Sidek punya. bangga gila waktu tu! rupanya office isteri dia depan kedai tu, yg recommend lawyer company dia (kak angkat aku) hehehe...
      berbalik pada cerita mula2 tadi, aku beli bila aku dah berhenti kerja kat kedai tu. 2 bulan aje aku kerja kat situ, pasal bapak aku dapat tau aku kerja kat situ. bapak aku marah, dia siap cakap "ingat abah tak mampu nak bagi kau makan ke?". aku x kisah, janji aku dapat apa yg aku nak. So bayangkan? racket tu dari tahun 1992-2011= 9 tahun tu, tali sama  strenght 18, cuma nak kena tukar grip. InsyaAllah kalau ada duit lebih nanti Abg akan belikan racket yg baru utk hang, sebab Abg tak nak hang rasa apa yg Abg rasa. bila tak punya racket sendiri, dulu Abg nak main badminton pun kena tunggu ihsan kalau ada kawan2 yg sudi bagi pinjam. biasanya kena tunggu sampai dia orang habis main, lepas tu kena gulung net. kalau  tak jangan harap dah orang bagi pinjam, Abg harap hang enjoy dgn sukan ni...

No comments:

Post a Comment