salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Sunday, February 27, 2011

Rushing...

    Smlm habis kerja terus drive ke tempat kerja isteri, lepas jemput dia terus balik kampung. sampai di kg dah Maghrib, dinner makan satey (isteri open table). sambil makan kita org tgk cerita Kak Limah Balik Kampung, kata adik ipar aku yg berumur 10 tahun. hahaha... memang pecah perutla kita org mengajukkn dia, kesian jugak bila tgk muka dia. tapi takpe sebab adik ipar aku ni sporting...  
     Pagi tadi pergi Sg Besar, tempat isteri aku shopping kain baju. tapi takpe kat sana murah2, syurga org perempuan hehehe... lepas asar kami ke Klang, melawat pusara bondaku yg tercinta. adik aku Ain pun datang melawat di pusara. seronok rasanya dapat bersembang berdua, sebab isteri tunggu kat dlm kereta. kami bersembang pun tak lama mana pun sebab aku kena rushing balik KL. rasa gembira hati ini bila dapat berjumpa adik aku ni, walaupun kami berlainan bapa. aku jugak rindu nak jumpa kakak dia, tapi aku kalah pada masa. takpe nanti akan aku curi sedikit masa utk bermesra dgn adik-adik aku ni Sikin & Dzulkarnain.  
     Aku bersyukur sebab dia org boleh menerima kehadiran aku dlm hidup dia org, walaupun secara tiba-tiba aku muncul tampa diundang. tgh aku drive, hp aku berbunyi, rupanya msg dari Sikin. banyak jugak yg kami bualkn walaupun msg. dia gembira pasal aku tak berdendam dgn arwah emak, sebab dia & Ain baru tahu status aku yg sebenar. bagi aku emak tak bersalah, aku wujud ke dunia ni pun ada sebabnya. Allah lebih mengetahui, siapa ayah aku? jasa Pak Su kerana menyelamatkn aku? Pak Sudin yg menemukan aku dgn Org tua aku sekarang? aku tak salahkn & berdendam dgn sesiapa pun. hina ke aku kalau ada status ANAK LUAR NIKAH @ ANAK HARAM? aku berserah pada yg Maha Esa...   
     Patutla isteri aku duk sibuk suruh ajak balik cepat, rupa2nya dia ajak pergi belikn kasut & purse utk  emak mertuanya. dia terperasan kasut emak yg dah lusuh tahap lunyai, purse emak pun dah lunyai jgk. walaupun tak la mahal mana? tapi aku brsyukur sebab dia alert dgn keadaan emak aku, kalau aku belum tentu lagi. syukur alhamdulilah ya Allah kerana dia yg kau jadikn isteriku... dia pun dapat jugak sepasang hehehe...

Tuesday, February 22, 2011

Alhamdulilah...

    Alhamdulilah, family trip to Kuantan memang best. kami bertolak jam 8:30 pg, rehat kat Temerloh dlm 1/2 jam. exit kat tol Gambang, sampai kat "rumah rehat" jam 12:30 tghr. kami menginap ni Homestay Cenderawasih di Kuantan, harga sewa Rm150 cukup murah. rumah teres double story, 4 bilik tidor. atas bawah ada air cond, dekat dgn Masjid pulak tu.   
    Lunch, solat Zohor, rehat2kn badan merangkap tidur & solat Asar. masa utk menjelajah bandar Kuantan, lepas tu terus ke Teluk Cempedak (TC). ramai org kat sana, ingat nak mandi laut tapi ombak kuat. so lepak kat tepi pantai sambil menikmati panorama. tapi ada jugak adigan2 yg menyakitkn mata, couple2 yg kononnya "in love".  
    Balik dari TC, dia org ajak pegi pasar mlm kat bandar Kuantan. best jgk bila berjln kat tempat org ni. tapi makanan yg di jual mahal dari kat KL, isteri aku siap beli mee rojak yg dah basi lagi. tapi yg bestnya masa tgh jln2 kat pasar mlm tu, adik2 saudara nampak nampak seorg lelaki tua berbangsa cina sibuk bawa beg plastik. dia org tegur dan bersembang. rupa2nya dia tu mungkin nelayan @ peraih ikan, yg dlm beg plastik tadi sotong merah bersais L. dia bagi dekat 1 kilo suruh bawa balik, Alhamdulilah murah rezeki dia & kami.   
    Pagi esoknya masa utk meresipikn sotong yg kami dapat, separuh buat masak dgn nasi goreng & separuh lagi masak sambal. pukul 10 pg pergi Masjid, sebab utama kami ke Kuantan adalah kerana majlis akad nikah & kenduri kahwin adik saudara aku. Alhamdulilah semua selamat, kenduri & bersandingnya pukul 12:30 tghr. pukul 3:30 ptg bertolak balik ke KL.  
    Apa yg penting bagi aku, bila aku dapat tgk semua org puas hati & happy dgn trip kali ini. bulan 5 nanti Taiping pulak, aku harap kami akan semakin akrab & ceria sebagai adik- beradik walaupun dia org tau status aku yg sebenar. Aminyarabalalamin...

Thursday, February 17, 2011

Macam-macam

    Minggu ini aku agak sibuk;  
    -Ahad lepas (13 feb) member2 ex-schoolmate aku buat lunch kat KFC sebelah Carefour Wangsa maju, aku tak dapat nak datang. kena kerja & lepas kerja, aku jaga isteri aku yg tak sihat. tapi bila member aku call ajak lepak kat Nz kari house untuk hi-tea, isteri aku pujuk suruh aku pergi. sebab dia dah boleh berFb, kiranya dah OKlah tu. seronok jugak bila dapat jumpa member2 lama ni, dia org ajak bercuti ditepi pantai. memang favorite aku tu, so nanti tgk votes dari yg lain. Melaka @ Port Dickson? tapi aku lagi suka kalau ke Pulau Kapas (Terengganu) @ Disneyland (Singapore), lagi best..   
    - Isteri aku tak sihat, cirit-birit & allergic (13 feb-16 feb). kesian dia, tapi nak buat mcm mana? penyakit ni bukan boleh nak tepis2 pun, syukur alhamdulilah...
    -Trip ke Kuantan, Pahang (19 feb-20 feb). kakak saudara aku dah sewa homestay kat Kuantan, kalau aku tak pergi. siapa nak bawak Emak & Abah? Abah nampak beriya2 nak pergi, aku kenalah berkorban. bukanlah nak merungut, cuma aku kecewa dgn anak2 saudara Abah. masing2 buat hal masing2, terlalu berbangga dgn apa yg mereka miliki. sampaikan Abah & Mak pun nak dilibatkn dlm "cerita sedih" dia org, yg muda tak hormat yg tua. yg tua pulak buat2 tak tau aje, nasib baik aku tak telibat sama mcm dia org.
    - Baru2 ni dapat PM (private message) luahan perasaan, dia nak chatt kat phone.dia ingat aku taknak layan msg dia, tapi aku terlupa.bukanlah niat aku nak menyakitkn hati org, tapi aku ni memang pelupa. tapi aku bukanlah seorg yg berminat nak berchatt kat phone @ msg.dulu waktu bercinta dgn isteri pernah bill hp aku sampai rm 1000 sebuan (selama 3 bulan), yg kelakarnya sampai cashier Maxis kat KLCC pun dah boleh cam muka aku. mau taknya, setiap kali nak bayar mesti kaunter dia yg aku kena pergi. sedangkn kaunter sikit punya banyak. hairan & Dejavoo? semenjak itu aku dah taknak guna phone lama2, harap dia faham. tapi takpe demi nama persahabatan aku akan cuba tolong yg mana aku mampu...
     -Minggu ni aku dapat cek dari Takaful Nasional & Ampau dari Ah Chun (tokey saw dust). walaupun pun tak banyak mana, tapi kira adalah duit nak buat belanja. aku tgh tunggu 1 cek lagi , hehehe... Alhamdulilah... 
     -Hari ni "perhubunggan" seorg kakak & adiknya  kembali terjalin, air dicincang tidak akan putus. kaya @ pandai mana pun korang,korang tetap adik-beradik. Alhamdulilah...  

Saturday, February 12, 2011

Anak?

    Anak, siapa yg tak nak anak? aku & isteri dah berkahwin hampir 3 tahun, tapi kami belum dikurniakan anak lagi. pemeriksaan pakar dah buat, Alhamdulilah kami NORMAL. aku masih lagi berharap agar Allah akan memperkenankan doa yg selalu aku pohon padaNya, setiap kali selepas solat. lepas ni pun aku masih lagi mengajak isteri aku berubat cara perubatan ISLAM pulak, semoga aku masih lagi diberikan kekuatan & kesabaran olehNya. 
    Ada masanya aku tertanya2? kenapalah masyarakat kita ni KEJAM sangat bila nak tahu sesuatu hal, contohnya macam yg aku cerita tadi. bila kau nak ada anak? kalau tanya kat aku takpela, tapi siapla kalau dia tanya kat isteri aku. org kena faham, org perempuan ni ISTIMEWA, dia ada pakej bonus yg takde pada org lelaki. emosi mereka jgn diganggu, jika tidak sistem hormon mereka akan menjadi terganggu. bila org dok sibuk tanya, kan dah mendatangkan STRESS pada mereka. aku jugak yg terpaksa menanggung bala yg og bagi tadi, lain kali kena CONCERN sikit masalah org lain. ini tak, ikut suka tekak aje... 
    kadang2 aku terfikir patutla perempuan yg mengandung @ yg akan bersalin ni tinggi darjatnya, mana taknya. jika ditakdir dia meninggal dunia, dia dikira mati SYAHID. kalau difikirkan balik, waktu dia tgh mengandung tu macam2 penyakit dia kena tanggung. kencing manis,darah tinggi, obesiti & ada tu yg kita tak pernah dengar pun. bila dah selamat bersalin tu ada yg penyakit terus ghaib, ada tu kena tanggung sampai ke akhir hayat. banyak sungguh yg org perempuan ni kena tanggung, so fikir2kanlah...  
     sepatutnya org kena bagi semangat pada pasangan yg ada MASALAH macam kami, bukannya KEJAM dgn sibuk bertanyakan soalan2 yg boleh merosakan MOOD org lain. kalau salah org yg ditanyakan dah bergaduh, nanti dikata macam2 kat org tu. siapa yg patut disalahkan?

Friday, February 11, 2011

kasih seorg kakak

     Kesian dgn seorg Kakak ni, ada adik. tapi adik dia tak pernah nak tahu yg si kakak ni begitu sayang yg tak terhingga pada adiknya, kakak sanggup buat apa shj utk si adik. Baru2 ni suami si kakak ada masalah dgn boy friend si adik, bertambah pulak dgn perangai si adik. kakak tu rasa terluka dgn perangai si adik, jadi berbalas SMSlah mereka berdua. last sekali si adik yg kononnya dah "pandai" dgn dunia sebenar ni mengistiharkn "perang",    
      waktu lunch tadi si kakak teringin nak makan kek kat secret recipes, jadi dia pergila dgn sepupunya (tumpang kereta sepupu dia). take away sebab malas nak tgk perangai buruk waitress kat restoran tu, on the way nak balik office. singgah kat rumah sepupu dia sebab nak menjemput si adik, si adik tinggal dgn sepupu dia. naik kereta tak cakap dgn si kakak, tapi dgn sepupu dia bukan main rancak lagi. kiranya mcm si kakak tak wujud kat situ, sampai di office si adik terus keluar berlalu macam angin...  
      Kakak tu diam shj, sebab dia tahu yg dia bukanla sesiapa lagi bagi si adik tu. masa kakak tu nak makan kek yg dia beli tadi, tiba2 dia rasa takde selera & sebak. dia bungkus balik dan berjalan ke office si adik tadi ( dekat aje, maklumla satu building aje), dia tgk si adik tgh bersembang dgn kawannya. si kakak letak bungkusan kek tadi, si adik tanya "apa ni? ". lalu si kakak menjwp dgn tenang "kek", sambil berlalu sebab takut air matanya berlinang di hadapan si adik.  
      Sikakak tadi sanggup buat apa shj, sampaikn boy friend si adik yg kononnya GENTLEMAN (menyombong dgn si kakak) sikakak tadi sanggup tegur & senyum sampai ke telinga. pada hal sebelum ni bF tadi pernah complaint kat si adik yg sikakak ni bila bertembung dgn dia, senyuman si kakak kelat macam kopi? macam manalah org nak hormat kat kau? bila yg muda, minta si tua hormat kat org yg muda...  
      Apa yg aku kesalkan, bila si adik tadi makin bangga dgn dirinya yg kononnya dah BERJAYA. takpe hari ni kau buat kat kakak kau, kau ada 3 org adik lagi. kalau kau jadi kawin dgn bF kau tu, kau ada 1 org abg &2 org kakak ipar. kita tgk nanti macam mana? sanggup kau buat kakak kau sendiri macam tu? kalau pada diri aku, aku tak kisah sebab aku dah jumpa darah daging aku sendiri, dia org hormat kat aku, walaupun dia org tau cerita sebenar tentang aku...

Thursday, February 10, 2011

fahamilah...

     Ada kalanya aku mula rasa bosan nak ber Fb, Fb ni sebenarnya bagus. tapi ianya menjadi NEGATIF bila ada pihak yg tidak faham apa maksud LAMAN SOSIAL. kalau dia post status takpe, tapi kalau org lain. dia cakap mengada2, mengadu pada semua org @ apa2 sahaja. yg penting dia tak suka, kira macam editorla. 
     Ada tu pulak sibuk nak tunjuk dia ramai kawan, pada hal entah siapa2 pun dia bukan kenal pun, bila kawan tu tulis STATUS dia tak COMMENT. bila dia punya pulak, kena comment. kalau tak kena REMOVEla jawapnya, kesian lagak tak kena tempat. 
     Bagi diri aku senang, kalau aku tak comment, aku LIKE aje. tandanya aku baca, terperasan @ menghargai kawan2 aku. awal tahun ni aku TERPAKSA remove "kawan", sebab dia tak faham maksud laman sosial. mungkin dia rasa aku ni tak sepandai dia yg belajar sampai IPT, aku setakat SPM aje itu pun repeat. tapi rasanya aku takla sebodoh yg dia sangka, aku pun tak cakap yg aku pandai. tapi sekurang2nya aku faham maksud & hak aku kat laman sosial tu. macam aku menulis kat dlm BLOG ni, pesan aku pada yg membaca ni. hargailah kawan2 kita, mereka juga punya hak...

susah senang

     kadang2 aku hairan? kenapa senang sangat org nak menilai hidup aku ni? org cakap aku banyak duit, mungkin org tgk cara aku berbelanja @ apa yg aku ada kot? prinsip hidup aku senang, aku beli apa yg aku nak. usaha sendiri, yg penting aku tak suka pinjam @ kacau hak org lain. bila aku beli @ memiliki sesuatu atas usaha aku sendiri, aku rasa bangga sangat.. 
     Dulu sebelum kawin aku memang mewah pun, gaji sebulan pun dah lebih 3k. keluar pagi balik malam, kalau nak seribu daya. masa bertunang lagi bertambah rezeki aku, aku dapat peluang bisness handphone. paling kurang dlm seminggu Rm500 kat dlm poket, kalau rajin Rm 1500 seminggu. duit gaji tak usik pun, itu belum lagi handphone free. tapi bisness ni "panas", ramai talam dua muka. sebab bisness ni memang menguntungkn, kalau tak. takkan org cina sanggup buat (majoriti)?  
     Sebelum aku kawin, aku stop bisness ni. sahabat aku nyaris2 kena masuk lockup, fitnah punya pasal. siap kena panggil ke Bkt Aman tu, dia fight balik. yg bikin onar terduduk, sesunguhnya Allah itu maha adil. sekarang ni aku relax aje, kerja pun tak boleh nak gila2 lagi macam waktu bujang dulu. kesian isteri aku, kami anak pun belum ada rezeki lagi. 
     Berbalik pada soal kat atas tadi, kenapala nak sibuk2 dgn hidup aku? kalau dia org pakai MERC pun lantakla, duit korang. rezeki masing2, jadi rasanya tak payahla nak sibuk2. sebab kalau aku tak berduit kau tau ke?

Tuesday, February 8, 2011

PANTERA Cemetery Gates

Sometimes when I'm alone
I wonder aloud
If you're watching over me
Some place far abound
I must reverse my life
I can't live in the past
Then set my soul free
Belong to me at last
Through all those
Complex years
I thought I was alone
I didn't care to look around
And make this world my own
And when she died
I should've cried and spared myself some pain
You left me incomplete
All alone as the memories still remain

Monday, February 7, 2011

racket

     Adik ipar aku sms kat Kak dia, dia msg kalau nak bagi hadiah utk PMR dia. bagilah racket badminton? masalahnya baru awal bulan (faham2 ajelah), tapi Alhamdulilah dia faham (dah makin dewasa). dia tanya kalau aku ada racket lebih? memang ada, racket YONEX carbonnade 8 sp. racket kesayangan aku, sebab aku beli waktu form 4. dgn menggunakan duit ASB aku, tapi  takpe. sebab sekurang2nya ada gunanya pada adik ipar aku, kalau dia minat benda yg elok buat apa nak halang? 
     teringat lagi waktu aku sebaya dia, nak masuk Pengakap @ Bulan sabit merah, bapak aku tak belikan uniform. bagi bapak aku membazir, nak main bola? boot Foo Keong ( boot bola getah, sekarang ni dah tak jual lagi dah.) jangan mimpila, ada sekali tu siap kena halau lagi dgn Coach. dia siap cakap kalau nak main bola kena pakai kasut bola, bukannya kasut sekolah. malu pun ada, tapi aku join team lain. kalau tak silap aku waktu tu umur aku baru 11 tahun...
      lepas periksa SRP (aku adalah antara pelajar yg terakhir ambik SRP, lepas tu tukar PMR), aku kerja part time kat kedai sukan. nama kedai tu REKO SPORT, tauke kedai tu suami isteri berbangsa cina. mula2 tu kemas2 kedai aje, bila dia percaya kat aku. dia ajar aku pasang tali racket badminton, squash & tennis. mula2 sekali aku kena pasang tali 150 batang racket YONEX dlm 1 hari, nasib baik ada 2 org best friend kerja kat kedai yg sama. gila nak buat sorang2, 150/ 3=50. selama sebulan dari jam 10pg-9mlm, tauke dapat projek dari orang kuat YONEX. gaji sebulan Rm350 (tahun 1992) kira banyak tu! 
      tapi pengalaman yg paling manis bila pada satu hari tu aku pasang tali racket yg paling mahal (aku pun tak tau berapa harga dia?) strength tali kalau tak silap aku 18, biasanya utk PRO sahaja. kalau silap pasang frame racket akan patah, bila dah siap pasang baru aku tahu siapa Owner racket tu. Lagenda anak-anak Sidek, Jailani Sidek punya. bangga gila waktu tu! rupanya office isteri dia depan kedai tu, yg recommend lawyer company dia (kak angkat aku) hehehe...
      berbalik pada cerita mula2 tadi, aku beli bila aku dah berhenti kerja kat kedai tu. 2 bulan aje aku kerja kat situ, pasal bapak aku dapat tau aku kerja kat situ. bapak aku marah, dia siap cakap "ingat abah tak mampu nak bagi kau makan ke?". aku x kisah, janji aku dapat apa yg aku nak. So bayangkan? racket tu dari tahun 1992-2011= 9 tahun tu, tali sama  strenght 18, cuma nak kena tukar grip. InsyaAllah kalau ada duit lebih nanti Abg akan belikan racket yg baru utk hang, sebab Abg tak nak hang rasa apa yg Abg rasa. bila tak punya racket sendiri, dulu Abg nak main badminton pun kena tunggu ihsan kalau ada kawan2 yg sudi bagi pinjam. biasanya kena tunggu sampai dia orang habis main, lepas tu kena gulung net. kalau  tak jangan harap dah orang bagi pinjam, Abg harap hang enjoy dgn sukan ni...

Sunday, February 6, 2011

cerita di sebalik cerita...

   Aku akan ingat ayat ni sampai bila-bila, " L*** dh knl T****  dh lame dr i** knl abg adzhar n i** tau perangai die mcm mane...". "Abg adzhar yg mule kn"," jgn jadi kat a*** n m**** nanti dah la, skrg ni pun dh jd skit dh coz abg adzhar x ske a*** n m**** tdo kat rumah die". "aku x ske ngan perangai abg adzhar 2 je kuat berdendam..".
    Bukannya aku TAK SUKA, tapi isteri aku (kakak dia org),  bila balik keje aje dah sibuk berfikir nak masak apa? esok dia orang nak sarapan apa? balik rumah kadang2 bersepah , itu dulu. semenjak isteri aku jual nama aku, semua dah teratur, pandai betul isteri aku...
    Kalau dah biasa sangat dapat apa yg di inginkan, lepas tu ada pulak pihak  yg  tidak mahu menurut perintah (akula tu). ni yang aku dapat? sebab tak mahu mengalah pada orang yg dia cintai & pandai memanupulasi cerita. berani kerana benar, blog ni sebagai tempat utk aku meluahkan persaan & penyelamat aku. ..

Bab TIGA

kenapa ye? waktu aku hantar isteri aku ke office, kita bersua (ada eye contact). dia sanggup palingkan muka, ada sekali tu dia dah siap melangkah keluar dari pintu. bila dia nampak aje aku, boleh patah masuk balik. aku pun tak faham? rasanya dah 5 kali bertembung, tapi yg ke 5 tu siap ada post lagi kat Fb "silent is batter than tallking bullshit!". bila ditanya pada pada awek dia, dia cakap aku SALAH SANGKA. boleh jadi tajuk filem tu!!
yang si Awek dia dok sibuk-sibuk nak jadi JASA PENDAMAI (Macam pakcik aku yg kat PERAK tu) tak bertauliah. bukan makin sattle, makin teruk adalah. di sebabkan cinta yg mendalam pada kekasihnya, aku yg kena mintak maaf? lepas tu aku kena mengaku yg aku ni pengungkit, kononnya si couple tadi tak kenang jasa aku. sebagai balasanya si Awek tadi nak publish ucapan TERIMA KASIH dia pada aku kat AKBAR(media), macam yg YB bagi bantuan banjir kat akbar tu. semua orang akan tahu...
dia siap pesan, kalau dia kaya nanti dia nak bayar balik apa yg aku dah "laburkan". kan bagus kalau dia bercita-cita nak beli tanah untuk orangtua, hantar orang tua ke Mekah ke atau tanggung pelajaran adik-adik yang masih belajar. sebab rezeki untuk aku ALLAH dah tentukan, selama ni pun (walaupun aku tak belajar kat IPTA) aku boleh aje sediakan apa yg keluarga aku perlukan...

Bab DUA

Kata sayangkan adik? Tapi bila adik nak pakai laptop untuk satu minggu sahaja, tak dibagi. Disuruhnya si adik guna si Abg Ipar punya, macamlah si Abg Ipar tu ada banyak laptop atau Pc kat rumah dia? semua bagi kat orang apa yang tinggal kat dia? Sikakak ni pulak boleh dikatakan selalu aje balik kampung, boleh dikatakan setiap minggu. rasanya takde masalah kalau nak bagi guna laptop tu?
Atas alasan MARAH, DIMALUKAN & TERHINA. Si adik tadi akhirnya dapat jugak laptop tadi, service bertukar tanggan. tapi tak habis disitu sahaja, si Abg Ipar tadi dapat banyak anugerah. Dalam AJL & ABP pun takde TITLE ni, suka mengunkit, memalukan org lain, big mouth, suka mengadu, fire starter & the beginner. Takpe si Abg Ipar tadi redha, korang adeee??
Si Abg Ipar tadi dikatakan taknak berbincang atau bila bersua takde apa yang dikatakan, tapi cuba fikirkan? kalau berSMS itu dikira berbincang ke? sebab bila si Abg Ipar call, panggilannya tak dijawap. malahan dibalas dengan SMS "SORRY", siapa yg sebenarnya taknak berbincang? Si Abg Ipar tadi terpaksa menulis kat BLOG ni sebab dia akan diPOLITIKkan kalau meluahkan kat dlm FB, dia cuma ada BLOG ni untuk menjadi tempat meluahkn perasaan & dia tahu si Kakak tadi akan membaca. lagi lah banyak si Abg Ipar tadi dapat kalau Si adik tahu akan kewujudan blog ini....

Bab SATU

Seorang Kakak yg ingin pergi menjemput adik KESAYANGANnya, dari rumah Makciknya di sebuah negeri di pantai timur. Sewaktu bertolak dari Ibukota, dia telah menggunakan FB MOBILE untuk POST STATUS. On the way ke ****** untuk menjemput adik kesayangan, adalah beberapa orang rakannya yg tak tau apa2 bertanya? Dengan penuh bangganya menjawap, tetapi masalah mula bila nak bawak balik ke Ibukota...
On the way nak balik ke Ibukota, dia sekali lagi menggunakan MOBILEnya. tetapi bukannya POST STATUS pada FB, tapi SMS untuk Abg Iparnya yg sentiasa sedia berkhidmat. Akan tetapi hari itu pulaklah si Abg Ipar tersentak, kenapa pulak nak di hantar si adik ke rumahnya? Nak kata si Kakak tu menyewa di rumah sewa yg ramai penyewanya? atau pun siKakak tadi tak nak si Adik tadi akan mengugat KANTUNGnya yg semakin kering, jadi hang dudukla dengan si Abg Ipar. untuk pengetahuan siKakak tadi tinggal dengan Kakak Saudaranya di sebuah appartment 3 bilik di pinggir kota, kiranya ada hubungan keluarga tu!
Abg Ipar tadi tak bersetuju, tapi ditolak dengan cara baik & beretika. Sebab dia dah nampak ada yang tak kena, asyik YES aje mana boleh? Tapi sayangnya, siKakak tu tersentak. sebab usulnya telah ditolak, maka dengan itu dia merumuskn yang si Abg Ipar tadi TIDAK BOLEH tinggal dengan Adik-adik Iparnya. Sebenarnya ini Si Abg Ipar tadi bukannya nak mengungkit, tapi TERKILAN. Disebabkan KEPENTINGGAN orang lain, dia yang kena jadi PAK SANGGUP. Si Abg Ipar tadi hanya ingin menumpang sedikit kasih syg seorg adik, sebab dia tak punya adik sendiri. Tapi apakan daya, siapa yang tak sayang kan adik???