salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...
Showing posts with label sibuknye aku.... Show all posts
Showing posts with label sibuknye aku.... Show all posts

Saturday, April 23, 2011

update

   Lama dah aku tak update blogg aku ni, sibuk jgn ceritala? Isnin hingga Ahad sibuk kerja, berlari, urusan peribadi, urusan pejabat, urusan dgn PDRM & macam2 lagi. kurang ajar betul owner kereta lama aku, bila aku dah jual kat kau. pergila buat pertukaran nama kat JPJ, ini menyusahkan aku pulak. kereta kena saman dgn MPPJ & PDRM, aku jugak nak kena pergi balai (return summon to new owner). kau ingat kau aje pandai, aku siap belajar lagi dgn pegawai undang2. nanti kau tunggula saman utk kau yea?   
   Penat, tak sabar nak tunggu bulan 7. sebab aku dah rancang nak pergi bercuti dgn family sebelah aku & mertua, tak jauh kat PD aje. tapi yg penting semua org mesti enjoy & dapat release tension. sama ada apartment DBKL kat blue lagoon @ kayns resort kat Teluk Kemang, apartment aku tak booking lagi. sehari Rm20, kalau Kayns Rm130. hari ni pun kalau tak nak pergi PD, tapi taknak ambil risiko. sekarang ni cuaca tak menentu, sekarang ni pun dah mendung...

Saturday, March 19, 2011

Penat? tapi enjoy...

    Minggu & bulan yg memenatkan, ada sahaja aktiviti yg aku & isteri buat. majlis org kahwin, melawat saudara-mara yg sakit, emak aku operat mata & macam2 lagi. ada kalanya badan aku dah tak larat, ptg tadi baru nak park motor. adik aku call, dia cakap dia ada kat sekitar area rumah aku. dia ingat nak singgah, tapi aku pulak ada hal. kesian kat adik aku tu, aku harap dia tak marah @ kecil hati, dahla kenduri tahlil arwah emak yg ke-44 aku tak pergi. bukannya aku nak menjauhkan diri, tapi masa tak mengizinkan...
    Kesian isteri aku, boleh dikatakan setiap hari dia kerja OVER TIME. salah satu sebabnya, dia nak belikan aku hadiah untuk birthday aku. aku ni jenis yg cerewet, kalau nak beli apa2 mestilah yg ORIGINAL aje. nak buat macam mana? dulu masa kecil keluarga aku hidup susah, bila dah senang sikit ni aku belilah apa yg aku nak. yg penting aku usaha sendiri & aku tak mencuri. tapi aku tak faham bila org suka mencuri, menipu @ mempergunakan org lain untuk memenuhi kehendak & hajat mereka. lepas tu berlagak yg kononnya dia org "senang" @ org kaya, walhal dialah org yg penuh dgn kepura-puraan.   
     Keluar pergi kerja jam 7:15 pg, sampai kat rumah jam 10:00 mlm. sabtu, ahad & kelepasan pulak 7:15 pg, samapi kat rumah 5:30 ptg. penat tu jgn ceritala, tapi prinsip aku dari aku bujang dulu senang aje. kerja penat2, lepas tu mesti hadiahkan diri sendiri dgn pergi bercuti. LIFE MUST GO ON...

Tuesday, March 1, 2011

Diet kalau nak sihat.

    Sekarang ni dah 10 bln aku sibuk berusaha utk mengurangkn berat badan, Alhamdulilah aku telah berjaya mengurangkn 5 cm saiz seluar aku. kiranya seluar & baju yg 5-6 thn lepas aku boleh sarung balik, seronok gila. caranya senang, tapi kita biasanya "dibebani" dgn perasaan MALAS. cara aku tak ramai  org yg sanggup, kurangkn makan nasi. bukannya tak makan langsung, kalau yg ada kecing manis lagi bagus kalau ikut cara aku ni. kalau nak lebih efektif lagi, ganti nasi dgn roti. kalau nak tgk hasilnya cuba buat dlm seminggu. badan akan rasa ringgan, tapi di nasihatkan makanlah sikit nasi 2 @ 3 kali dlm seminggu tu. takut ada yg pengsan nanti... 
     Biasanya kalau berdiet cara mcm ni , ulu hati akan rasa pedih @ terbakar. cara paling bagus sit up dlm 20 kali selepas banggun tidur & sebelum tidur. tujuannya utk memadankan perut, lagi bagus lagi kalau dapat jogging @ berlari setempat selama 30 minit. banyakkan minum air masak, kurangkan minum air bergula. sebab badan akan kurang air, biasanya kerap kena sembelit. kalau rajin minumlah minuman yogurt & makan buah-buahan. diingatkan kembali jgn sampai tak makan, kalau nak lebih detail surfla blog Kelvin Zahri.  
     Tapi org kita ni pun satu hal pulak, bila org nak buat benda yg baik patut supportla. ni tak, macam2 yg dikatanya. kalau ada asanya takpe jugak, nak kata ada Diploma @ Degree dlm sains? aku rasa SPM pun sains lingkup, aku SPM subjek sains kredit aje. tapi disebabkn aku rajin membaca & bertanya, kira aku ada knowledge bab sains. kerja aku banyak sangkut-paut bab Veterinary, mungkin org cakap tak sama manusia dgn haiwan. tapi kenapa kalau uji kaji utk ubat-ubatan manusia guna haiwan? kadang2 tu fakta yg di gunakan oleh mereka2 yg suka menyibuk ni, takde seorg pun saintis kat dunia ni yg berani nak mengatakan betul. macam aku ni dah biasa digelakkan org, aku tak kisah pun. tujuan utama aku, aku tak nak penyakit. umur makin meningkat, kesihatan kena jaga.  
      Org kita kalau nak menjahanamkan org lain memang no 1, kalau membina tu jarang sekali. aku tak cakap aku bagus, tapi aku tgk banyak yg NEGETIF dari POSITIF. macam yg aku selalu guraukan dgn seorg sahabat bila kami berjumpa. "aku tak senang tengok kau hidup senang" hehehe, tu pun kalau dia tau aku ada blog ni. jadi fikir-fikirkanlah...

Sunday, February 27, 2011

Rushing...

    Smlm habis kerja terus drive ke tempat kerja isteri, lepas jemput dia terus balik kampung. sampai di kg dah Maghrib, dinner makan satey (isteri open table). sambil makan kita org tgk cerita Kak Limah Balik Kampung, kata adik ipar aku yg berumur 10 tahun. hahaha... memang pecah perutla kita org mengajukkn dia, kesian jugak bila tgk muka dia. tapi takpe sebab adik ipar aku ni sporting...  
     Pagi tadi pergi Sg Besar, tempat isteri aku shopping kain baju. tapi takpe kat sana murah2, syurga org perempuan hehehe... lepas asar kami ke Klang, melawat pusara bondaku yg tercinta. adik aku Ain pun datang melawat di pusara. seronok rasanya dapat bersembang berdua, sebab isteri tunggu kat dlm kereta. kami bersembang pun tak lama mana pun sebab aku kena rushing balik KL. rasa gembira hati ini bila dapat berjumpa adik aku ni, walaupun kami berlainan bapa. aku jugak rindu nak jumpa kakak dia, tapi aku kalah pada masa. takpe nanti akan aku curi sedikit masa utk bermesra dgn adik-adik aku ni Sikin & Dzulkarnain.  
     Aku bersyukur sebab dia org boleh menerima kehadiran aku dlm hidup dia org, walaupun secara tiba-tiba aku muncul tampa diundang. tgh aku drive, hp aku berbunyi, rupanya msg dari Sikin. banyak jugak yg kami bualkn walaupun msg. dia gembira pasal aku tak berdendam dgn arwah emak, sebab dia & Ain baru tahu status aku yg sebenar. bagi aku emak tak bersalah, aku wujud ke dunia ni pun ada sebabnya. Allah lebih mengetahui, siapa ayah aku? jasa Pak Su kerana menyelamatkn aku? Pak Sudin yg menemukan aku dgn Org tua aku sekarang? aku tak salahkn & berdendam dgn sesiapa pun. hina ke aku kalau ada status ANAK LUAR NIKAH @ ANAK HARAM? aku berserah pada yg Maha Esa...   
     Patutla isteri aku duk sibuk suruh ajak balik cepat, rupa2nya dia ajak pergi belikn kasut & purse utk  emak mertuanya. dia terperasan kasut emak yg dah lusuh tahap lunyai, purse emak pun dah lunyai jgk. walaupun tak la mahal mana? tapi aku brsyukur sebab dia alert dgn keadaan emak aku, kalau aku belum tentu lagi. syukur alhamdulilah ya Allah kerana dia yg kau jadikn isteriku... dia pun dapat jugak sepasang hehehe...

Thursday, February 17, 2011

Macam-macam

    Minggu ini aku agak sibuk;  
    -Ahad lepas (13 feb) member2 ex-schoolmate aku buat lunch kat KFC sebelah Carefour Wangsa maju, aku tak dapat nak datang. kena kerja & lepas kerja, aku jaga isteri aku yg tak sihat. tapi bila member aku call ajak lepak kat Nz kari house untuk hi-tea, isteri aku pujuk suruh aku pergi. sebab dia dah boleh berFb, kiranya dah OKlah tu. seronok jugak bila dapat jumpa member2 lama ni, dia org ajak bercuti ditepi pantai. memang favorite aku tu, so nanti tgk votes dari yg lain. Melaka @ Port Dickson? tapi aku lagi suka kalau ke Pulau Kapas (Terengganu) @ Disneyland (Singapore), lagi best..   
    - Isteri aku tak sihat, cirit-birit & allergic (13 feb-16 feb). kesian dia, tapi nak buat mcm mana? penyakit ni bukan boleh nak tepis2 pun, syukur alhamdulilah...
    -Trip ke Kuantan, Pahang (19 feb-20 feb). kakak saudara aku dah sewa homestay kat Kuantan, kalau aku tak pergi. siapa nak bawak Emak & Abah? Abah nampak beriya2 nak pergi, aku kenalah berkorban. bukanlah nak merungut, cuma aku kecewa dgn anak2 saudara Abah. masing2 buat hal masing2, terlalu berbangga dgn apa yg mereka miliki. sampaikan Abah & Mak pun nak dilibatkn dlm "cerita sedih" dia org, yg muda tak hormat yg tua. yg tua pulak buat2 tak tau aje, nasib baik aku tak telibat sama mcm dia org.
    - Baru2 ni dapat PM (private message) luahan perasaan, dia nak chatt kat phone.dia ingat aku taknak layan msg dia, tapi aku terlupa.bukanlah niat aku nak menyakitkn hati org, tapi aku ni memang pelupa. tapi aku bukanlah seorg yg berminat nak berchatt kat phone @ msg.dulu waktu bercinta dgn isteri pernah bill hp aku sampai rm 1000 sebuan (selama 3 bulan), yg kelakarnya sampai cashier Maxis kat KLCC pun dah boleh cam muka aku. mau taknya, setiap kali nak bayar mesti kaunter dia yg aku kena pergi. sedangkn kaunter sikit punya banyak. hairan & Dejavoo? semenjak itu aku dah taknak guna phone lama2, harap dia faham. tapi takpe demi nama persahabatan aku akan cuba tolong yg mana aku mampu...
     -Minggu ni aku dapat cek dari Takaful Nasional & Ampau dari Ah Chun (tokey saw dust). walaupun pun tak banyak mana, tapi kira adalah duit nak buat belanja. aku tgh tunggu 1 cek lagi , hehehe... Alhamdulilah... 
     -Hari ni "perhubunggan" seorg kakak & adiknya  kembali terjalin, air dicincang tidak akan putus. kaya @ pandai mana pun korang,korang tetap adik-beradik. Alhamdulilah...