salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Tuesday, March 1, 2011

Diet kalau nak sihat.

    Sekarang ni dah 10 bln aku sibuk berusaha utk mengurangkn berat badan, Alhamdulilah aku telah berjaya mengurangkn 5 cm saiz seluar aku. kiranya seluar & baju yg 5-6 thn lepas aku boleh sarung balik, seronok gila. caranya senang, tapi kita biasanya "dibebani" dgn perasaan MALAS. cara aku tak ramai  org yg sanggup, kurangkn makan nasi. bukannya tak makan langsung, kalau yg ada kecing manis lagi bagus kalau ikut cara aku ni. kalau nak lebih efektif lagi, ganti nasi dgn roti. kalau nak tgk hasilnya cuba buat dlm seminggu. badan akan rasa ringgan, tapi di nasihatkan makanlah sikit nasi 2 @ 3 kali dlm seminggu tu. takut ada yg pengsan nanti... 
     Biasanya kalau berdiet cara mcm ni , ulu hati akan rasa pedih @ terbakar. cara paling bagus sit up dlm 20 kali selepas banggun tidur & sebelum tidur. tujuannya utk memadankan perut, lagi bagus lagi kalau dapat jogging @ berlari setempat selama 30 minit. banyakkan minum air masak, kurangkan minum air bergula. sebab badan akan kurang air, biasanya kerap kena sembelit. kalau rajin minumlah minuman yogurt & makan buah-buahan. diingatkan kembali jgn sampai tak makan, kalau nak lebih detail surfla blog Kelvin Zahri.  
     Tapi org kita ni pun satu hal pulak, bila org nak buat benda yg baik patut supportla. ni tak, macam2 yg dikatanya. kalau ada asanya takpe jugak, nak kata ada Diploma @ Degree dlm sains? aku rasa SPM pun sains lingkup, aku SPM subjek sains kredit aje. tapi disebabkn aku rajin membaca & bertanya, kira aku ada knowledge bab sains. kerja aku banyak sangkut-paut bab Veterinary, mungkin org cakap tak sama manusia dgn haiwan. tapi kenapa kalau uji kaji utk ubat-ubatan manusia guna haiwan? kadang2 tu fakta yg di gunakan oleh mereka2 yg suka menyibuk ni, takde seorg pun saintis kat dunia ni yg berani nak mengatakan betul. macam aku ni dah biasa digelakkan org, aku tak kisah pun. tujuan utama aku, aku tak nak penyakit. umur makin meningkat, kesihatan kena jaga.  
      Org kita kalau nak menjahanamkan org lain memang no 1, kalau membina tu jarang sekali. aku tak cakap aku bagus, tapi aku tgk banyak yg NEGETIF dari POSITIF. macam yg aku selalu guraukan dgn seorg sahabat bila kami berjumpa. "aku tak senang tengok kau hidup senang" hehehe, tu pun kalau dia tau aku ada blog ni. jadi fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment