salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Monday, March 28, 2011

Jalan2 ke negeri orang...

    25/3/2011, trip marketing Unikop aku, isteri, kak Su & anaknya Intan. kami berempat bertolak dari office Unikop di Taman Koperasi Polis pada jam 8:30 pg, destinasi UITM Jengka Pahang. hati aku tak berasa seronok sewaktu memandu, rasa macam bawak kereta kat jln yg belum berturap. tapi aku teruskan jugak, kami sampai ke UITM Jengka pada jam 11 lebih. kalau nak diikutkan 2 jam aje, tapi berhenti rehat kat R&R Temerloh. sampai aje kami terus siapkan booth kami, kami group pertama yg sampai. staff UITM Jengka memang best, dia org memang friendly.  
    Bila dah settle kami terus ke Pusat Bandar Jengka, rumah tetamu UITM dah penuh. nak ke bandar (pekan), adalah dlm 5 km. sedih rasa hati aku bila ada seorg staff UITM cerita kat aku, "itu ajelah pekan yg kami ada kat sini". lebih baik ada dari tak ada, memang ada Homestay dekat dgn UITM. tapi tak berminat sebab tempat makan jauh, cari punya cari dapatlah satu budget hotel. betul2 kat pekan, harga kira oklah Rm78 semlm. walaupun pekan ni kecil, tapi aku seronok. kedai makan banyak, fast food KFC (kecil aje).   
     26/3/2011, pukul 7 pg dah keluar. breakfast kat bus stand Jengka, tapi tak banyak pilihan. habis makan terus ke UITM, pukul 8 pg dah mula pameran. SELANGKAH KE UITM, first time aku sampai Jengka & ikut marketing. tujuannya adalah untuk memberi peluang pada anak2 Melayu peluang menyambung pelajaran ke IPTA @ IPTS (kolej bersekutu UITM). seronok bila tgk budak2  lepasan SPM mencari peluang utk menyambung pelajaran mereka, ada yg tidak. pukul 5:30 ptg balik, mlm nanti ada pasar mlm pesan staff UITM pada kami. penat berjln, pasar mlm kat Jengka panjangnya adalah dlm 1.5km.  
      27/3/2011, mcm smlmnya jugak. pukul 8 pg dah ada kat UITM & macam hari Jumaat & sabtu kami org yg first sampai. hari ni tak ramai mcm smlm, tapi tetap meriah. aku pun dah makin pandai utk menarik perhatian org, seronok! habis pameran pukul 5 ptg, terus packing & bergerak balik ke KL. sampai KL dah maghrib, tapi sebelum tu singgah R&R Temerloh sebab aku nak solat asar.    
      Aku memang suka berjalan kat tempat org, banyak yg aku dapat. tapi kali ini aku memang rasa insaf & bersyukur kerana aku dilahir & dibesarkan kat KL. bayangkan, ada lepasan SPM yg sanggup datang dari Lanchang ke UITM Jengka. perjlnan dlm 1 jam dari sana, kalau nak pergi tgk wayang kena pergi ke Kuantan (1jam perjlnan dari Jengka). mereka bukannya org senang, tapi punya cita2 yg tinggi mencari ilmu & utk mengubah taraf hidup sendiri.     
      Ptg tadi bawak kereta pergi kedai tayar, semua kena tukar sebab dah bengkak2. Alhamdulilah selamat pergi & selamat pulang. semua sekali Rm670, huhuhu...

No comments:

Post a Comment