salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Thursday, March 24, 2011

SALAHKAH AKU?

    Bukan niat aku untuk menyusahkan hidup org lain, kerana aku hidup diatas muka bumi ini pun kerana ketentuan Ilahi. Pak Su pernah cakap " org dulu kalau tak nak anak, kami tak buang dalam tong sampah @  tepi jalan. kami akan bagi kat org @ keluarga angkat (org yg tak ada anak)." Mak Su sendiri ada niat nak bela aku, tapi arwah Tok marah. sebab aku anak tak sah taraf @ luar nikah, disebabkan itu aku diserahkan pada kedua org tuaku (yg ada sekarang & tak punya zuriat).   
     Bukan niatku nak meminta simpati, kerana simpati dari mereka2 diataslah aku masih lagi wujud dibumi yg nyata ini. aku masih lagi diberi kesempatan oleh Ilahi untuk bernafas & menjalani hidup ini seperti insan2nya yg lain. Alhamdulilah ya Rahman ya Rahim...   
     Bukan niatku untuk meminta kasih sayang sesama mahluk, kerana aku juga berhak untuk mengasihi & mengasihi. tetapi aku tidak dapat menghindari dari perasaan benci, kerana dari kecil hingga ke dewasa aku dirangsang oleh org di sekelilingku.    
     Salahkah aku?

No comments:

Post a Comment