salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Tuesday, March 15, 2011

Alhamdulilah...

   Alhamdulilah, hari ini 15 mac. ini bermakna dah 3 tahun usia perkahwinan kami, walau pun masih belum dikurniakan cahaya mata. aku tetap bersyukur, kerana aku telah dikurniakan seorg teman @ sahabat (isteri). walaupun dia tidakla secantik Siti Nurhaliza @ Lisa Surihani, namun dialah permaisuri dihatiku Norashikin Bte Abdul Samad. dia banyak bersabar @ memahami dgn perangai & karenah aku yg ada masanya baran, cerewet & macam2 lagi. aku taklah romantik @ Mr Right, kerana aku juga manusia biasa yg sering melakukan kesalahan. aku masih lagi belajar & berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri ini. banyak yg telah kami lalui bersama, susah & senang kami tetap bersama. ada kalanya aku hampir tewas, tetapi dialah sumber kekuatan aku.    
    Soal anak, nak buat macam mana? rezeki takde lagi, kadang2 aku bermimpi akan bayi yg comel didalam pangkuan kami. tapi apakan daya kami masih belum punya? kalau difikirkan balik mungkin ada hikmahnya, Allah punya agenda untuk kami. perbaiki diri kami, berbakti kepada kedua org tua kami & membantu mereka yg susah. siapa tahu? bukannya nak merungut, tetapi ada masanya aku sendiri rasa tertekan. bila melihat & mendengar isteriku meluahkan perasaan, tapi aku perlu kuat untuk menjadi contoh yg terbaik buatnya. kena sentiasa berfikiran positif, saling menyokong sesama kami.  
     semoga perkahwinan kami ini berkekalan hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat, dipermudahkan segala urusan & dijauhkan dari perkara2 yg akan memusnahkan masjid yg telah kami bina diatas sunnah kekasihNYA. Aminyarabbalalamin...

No comments:

Post a Comment