salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Saturday, March 19, 2011

Penat? tapi enjoy...

    Minggu & bulan yg memenatkan, ada sahaja aktiviti yg aku & isteri buat. majlis org kahwin, melawat saudara-mara yg sakit, emak aku operat mata & macam2 lagi. ada kalanya badan aku dah tak larat, ptg tadi baru nak park motor. adik aku call, dia cakap dia ada kat sekitar area rumah aku. dia ingat nak singgah, tapi aku pulak ada hal. kesian kat adik aku tu, aku harap dia tak marah @ kecil hati, dahla kenduri tahlil arwah emak yg ke-44 aku tak pergi. bukannya aku nak menjauhkan diri, tapi masa tak mengizinkan...
    Kesian isteri aku, boleh dikatakan setiap hari dia kerja OVER TIME. salah satu sebabnya, dia nak belikan aku hadiah untuk birthday aku. aku ni jenis yg cerewet, kalau nak beli apa2 mestilah yg ORIGINAL aje. nak buat macam mana? dulu masa kecil keluarga aku hidup susah, bila dah senang sikit ni aku belilah apa yg aku nak. yg penting aku usaha sendiri & aku tak mencuri. tapi aku tak faham bila org suka mencuri, menipu @ mempergunakan org lain untuk memenuhi kehendak & hajat mereka. lepas tu berlagak yg kononnya dia org "senang" @ org kaya, walhal dialah org yg penuh dgn kepura-puraan.   
     Keluar pergi kerja jam 7:15 pg, sampai kat rumah jam 10:00 mlm. sabtu, ahad & kelepasan pulak 7:15 pg, samapi kat rumah 5:30 ptg. penat tu jgn ceritala, tapi prinsip aku dari aku bujang dulu senang aje. kerja penat2, lepas tu mesti hadiahkan diri sendiri dgn pergi bercuti. LIFE MUST GO ON...

No comments:

Post a Comment