salah satu cara utk menghilangkan STRESS adalah dgn menulis,
berkongsi kegembiraan adalah dgn cara menulis,

berkongsi kesedihan dgn cara menulis,
meminta pendapat dgn cara menulis,
memberi pendapat dgn cara menulis,
sentiasa kena berfikiran positif,
jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup kita yg indah ini...
biar apa pun terjadi aku adalah aku...

Monday, May 2, 2011

Taiping & Kemunting.

29 April- Long jurney trip ke Taiping, Perak. sepanjang perjalanan hujan, keluar dari rumah dlm jam 10:45pg. berbhenti rehat kat  R&R Sg Perak jam 1:30ptg, R&R yg aku paling suka dari dulu. kalau out station atau pergi long distance ke arah Utara, aku lagi suka kat sini berbanding R&R Tapah (crawdad).kesian kat isteri aku, sebab dia tak pernah rehat kat sini, kat sini masakannya memang best. rehat dalam sejam, lepas tu on, exit kat TOL Chankat Jering. sampai di Kg Bangali jam 3:30ptg. Puas rehat, malam lepas Maghrib terus ke Pdg Renggas, Kuala Kangsar. adik saudara akad nikah lepas Isyak, dgn sekali lafas sah jadi suami isteri. aku dulu sampai 3 kali, sebab kena sakat dgn saksi (bapak saudara isteri aku). masakan kat Pdg Renggas memang terbaik, habis diet aku ( 2 kali tambah). sampai kat Kg Bangali dah jam 12mlm, perjalanan dlm 40 minit.    
30 April- Pagi2 lagi aku ajak isteri aku sarapan kat luar, pergi car wash. kereta aku kotor gila, dahla kereta warna putih. taukey car wash pakai Fairlady Z, kerja car wash aje. Jam 12:50tghr rombongan kami bertolak ke Pdg Renggas, sampai aje aku dah kena standby dgn kamera. seronok jadi cameraman, pecah peluh. tapi aku masih lagi belajar & dibimbing oleh isteri aku. 2 org adik saudara aku pun pakai kamera yg sama,  Canon DSLR 1000D. jenuhla kami bersilat, tapi enjoy. 
    Jam 3:30ptg kami bertolak balik, sampai di simpang empat Changkat Jering, ada 3 lorong. bapak saudara aku pada mulanya menuju ke lorong no 3, tapi tiba2 berubah ke lorong no 2. aku dan rombongan yg lain pun ikut, kami semua ada dlm 5 buah kereta. sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar hijau, tiba2 aku dikejutkan dgn bunyi bising, macam bunyi geseran tayar. kereta disebelah kereta aku meluncur laju selang dihadapan kereta bapak saudara aku, dan dlm sekelip mata sebuah lori hantu melanggar kereta2 dihadapannya. driver lori melompat keluar dan terus lari, kami semua tergamam. dihadapan lori tadi, 1 kereta wira (total lost),1 van vannet, 1 lori hantu ( lori tu takde apa2) dan yg meluncur tadi kereta kancil. kami keluar dan tolong kopakkan pintu kereta mangsa, Alhamdulilah semua selamat. setitik darah pun aku tak nampak.
    Jam 5:15ptg aku dan isteri merayap lagi, kami pergi rumah mak saudara (mak long) isteri aku di Kemunting. kalau nak diikutkan kami memang tak tau jalan, tapi kami memang jenis gambell. sampai jugak akhirnya, lepas Maghrib kami balik. tapi malam tu kami datang balik kat rumah mak long isteri aku tadi, tumpang tidur sebab rumah mak saudara aku penuh (49 org, 4 bilik tidur, 3 bilik air, aku dan isteri nak tidur kat mana?).    
1 Mei- Pagi2 lagi pak long dah sediakan nasi lemak sambal sotong, terbaik! lepak dgn pak long sembang2 baru aku tau yg Kg Bangali adalah kampung yg paling lama di daerah Taiping, sekarang dah tukar kepada Kg @ Tmn Long Jaafar. jam 9pg kami ke Taiping, kenduri rumah lelaki pulak. habis kenduri jam 5:15ptg kami bertolak balik ke KL, sepanjang jalan hujan. berhenti rehat di R&R Ulu Bernam, kat sini yg bestnya mee kari. long Q, full parking sebab semua org nak balik KL. sampai kat rumah jam 10mlm, penat dan enjoy.
    Alhamdulilah sebab bagi aku Allah memang dah merancang sesuatu yg indah utk kami. kami semakin akrab (aku & adik2 saudara), bertambah ilmu DSLR, terhindar dari kemalangan dan aku & isteri semakin mahir dgn Taiping & Kemunting. next stop Temerloh, Pahang...     

2 comments:

  1. thanks bwk sy jln2 w/pun sy suke bising2... hehe

    ReplyDelete
  2. abg yg patut berterima kasih dgn ayg sebab abg rasa seronok yg tak terhingga... :)

    ReplyDelete